SATU lorong di Kalijodo pada waktu siang.
SATU lorong di Kalijodo pada waktu siang.

Jakarta: Polis akan mula berbincang dengan pegawai bandar raya ini berhubung rancangan merobohkan penempatan haram di kawasan pelacuran di Kalijodo minggu ini.

Pentadbiran Jakarta sebelum ini berkata, ia tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk mengusir setinggan dari daerah yang terletak di tebing sungai di Jakarta Utara dan pada masa sama menutup kompleks pelacuran.

“Kita tidak mahu Jakarta mempunyai kawasan jenayah dan maksiat seperti di Kalijodo. Kerana itu saya menyokong penuh rancangan berkenaan.

“Tindakan yang akan diambil akan dibincangkan minggu ini,” kata Inspektor Jeneral Tito Karnavian.

Menurut Tito, pihaknya akan mengerahkan seberapa ramai anggota keselamatan untuk membantu rancangan itu, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan samseng di situ,” kata Tito.

Rancangan untuk memusnahkan daerah maksiat itu timbul minggu lalu selepas kemalangan jalan raya yang meragut empat nyawa.

Seorang pemandu kereta, Riki Agung Prasetio mabuk selepas minum arak dan berpeleseran di Kalijodo sebelum melanggar empat mangsa ketika dalam perjalanan pulang.

Sementara itu, laporan lain menyatakan, Kalijodo mula dikawal ketat oleh kumpulan samseng yang mahu menghalang tindakan pihak bekuasa memusnahkan penempatan maksiat itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 7:27 AM