Mourinho dalam laluan ke Old Trafford menggantikan tugasan Van Gaal yang mengecewakan lembaga kelab terbabit. FOTO THE SUN
Mourinho dalam laluan ke Old Trafford menggantikan tugasan Van Gaal yang mengecewakan lembaga kelab terbabit. FOTO THE SUN

London: Manchester United kian hampir melantik Jose Mourinho sebagai pengurus baru kelab Old Trafford itu sebelum hujung bulan ini.

Kekalahan 2-1 di Sunderland memberi tamparan hebat kepada lembaga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Mereka bimbang dengan Louis van Gaal melepaskan kedudukan empat teratas dan mereka sebelum ini bersedia mengekalkan pengurus dari Belanda berusia 64 itu sehingga musim depan.

Lembaga kelab itu yakin mereka tidak rugi apa apa andai bekas pengendali Chelsea itu mengambil alih skuad itu sebelum perlawanan liga di tempat sendiri menentang Arsenal pada 28 Februari.

United akan beraksi dalam dua perlawanan timbal balik Liga Europa menentang kelab kerdil Denmark Midtjylland.

Mereka juga akan berkunjung ke Shrewsbury untuk perlawanan Piala FA.

Difahamkan Van Gaal boleh meninggalkan Old Trafford bila bila masa. The Sun

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 7:22 PM