Wanita Myanmar yang dikelar sampai mati diusung ke kenderaan polis. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Subang Jaya: Seorang wanita warga Myanmar maut dikelar rakan sekerja akibat salah faham berhubung kehilangan wang di Bandar Puchong Utama disini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, mangsa Chee Hui Yung, maut di tempat kejadian akibat dikelar di leher dan pinggang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila suspek yang juga warga lelaki Myanmar menuduh mangsa mencuri wang miliknya sebanyak RM5,000.

Menurutnya, berlaku pergaduhan antara mereka sehingga suspek mengelar mangsa dan melarikan diri.

"Mangsa dikelar menggunakan pisau dan polis sudah mengenal pasti suspek dan kini diburu,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 2:02 PM