TIMBALAN Setiausaha Kerajaan Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abu Jamal Nordin (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Izhar sempena Program Jelajah AADK 2016 di Komtar. FOTO Zulaikha Zainuzman
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengenal pasti 178 'lokasi panas' menjadi sarang utama penagih dadah di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Izhar Abu Talib berkata, antara kawasan yang dikenal pasti menjadi tumpuan adalah perkampungan nelayan, projek perumahan rakyat (PPR), pinggir bandar dan pusat bandar.

Beliau berkata, kawasan berkenaan dikategorikanberisiko tinggi apabila ia dikesan menjadi kawasan masalah sosial tinggi dan kes penagihan dadah.

Katanya, secara keseluruhan penambahan bilangan penagih dadah di seluruh negara agak membimbangkan dan pihaknya mengambil pelbagai pendekatan dan pencegahan untuk mencari jalanmenyelesaikan masalah penagih dadah setiap tahun.

"Tahun ini AADK memperkenalkan satu pendekatan baru dalam melaksanakan program pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan melalui strategi program berfokus.

"Program ini membabitkan 178 kawasan berisiko tinggi yang dikenalpasti AADK di seluruh negara dan Pulau Pinang tidak terkecuali apabila mempunyai 11 kawasan berisiko tinggi yang dikenalpasti," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Ghazali Derahman bersempena Program Jelajah AADK 2016 Ekspedisi Mambanteras Dadah di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 4:02 PM