SYAMSUL (dua kanan) bersama bapanya Datuk Yusof Haslam (kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FOTO Ghazali Kori
SYAMSUL (dua kanan) bersama bapanya Datuk Yusof Haslam (kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FOTO Ghazali Kori
Nor Azura Abdul Jalil


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan dua yang lain berjaya dalam tuntutan balas saman yang dikemukakan penulis novel bertajuk Aku Bohsia berhubung dakwaan menciplak kandungan novel bertajuk Aku Bohsia bagi menerbitkan filem, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datin Azizah Nawawi memutuskan demikian selepas menolak saman Elias Idris, 64, dan membenarkan tuntutan balas Syamsul, 32, bapanya Datuk Yusof Haslam dan Skop Production Sdn Bhd serta memerintahkan Elias membayar ganti rugi RM100,000 dan kos RM40,000 terhadap kesemua defendan.

Dalam penghakimannya, Azizah berkata isu mat rempit dan bohsia adalah isu umum dalam kalangan masyarakat dan bukanlah hak eksklusif penulis novel itu saja.

Selain itu, mahkamah bersetuju dengan defendan bahawa idea berhubung kedua-dua isu itu tidak dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.

Elias memfailkan saman itu pada 24 November 2014 dengan mendakwa ketiga-tiga defendan telah menghasilkan, menerbitkan dan mengeluarkan filem berkenaan tanpa pengetahuan, kelulusan dan kebenarannya sebagai penulis dan pemilik hak cipta terpelihara novel berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 5:27 PM