ANGGOTA bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Dua maut manakala tiga yang lain cedera selepas empat kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Ulu Choh, Gelang Patah, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Saiful Bahari Safar berkata, kejadian 4.30 petang itu mengakibatkan pemandu Toyota Hilux, Junaidi Yunus, 55, dan penumpang, Fauziah Hanim Mohd Hashim, 53, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kemalangan pada 4.30 petang.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan membabitkan lori Scania, Toyota Hilux, Perodua Axia dan Proton Gen2," katanya.

Katanya, bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 9:36 PM