Amiduddin Omar (tengah) bersama Mohd Badrul Aswani (dua dari kiri) dan wakil bekas pemain Kedah, Akhmal Rizal Ahmad Rakhli (dua dari kanan) bersama minyak wangi jenama Legacy Hijau Kuning. FOTO NSTP/AMRAN HAMID
Amiduddin Omar (tengah) bersama Mohd Badrul Aswani (dua dari kiri) dan wakil bekas pemain Kedah, Akhmal Rizal Ahmad Rakhli (dua dari kanan) bersama minyak wangi jenama Legacy Hijau Kuning. FOTO NSTP/AMRAN HAMID
Oleh Izzali Ismail


Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yakin tidak berdepan masalah membiayai kewangan pasukan Helang Merah walaupun masih tidak mempunyai penaja rasmi bagi mengharungi cabaran Liga Super musim ini.

Setiausaha Agung Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya percaya penaja sedia ada termasuk kerajaan negeri sendiri masih mampu menguruskan keperluan kewangan pasukan.

Menurutnya, semua sedia maklum KFA masih belum mempunyai penaja rasmi namun pihaknya tetap perlu mengeluarkan belanja untuk banyak perkara termasuk pembayaran gaji dan sebagainya.

€œApa yang boleh saya katakan ialah usaha sedang dilakukan KFA ketika ini untuk menarik penaja bagi membantu soal pembiayaan kita.

"Kita sedar rundingan akan memakan masa, tetapi saya percaya kedudukan kewangan kita dengan bantuan barisan penaja sedia seperti PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) dan SADA (Syarikat Air Darul Aman), mampu untuk tanggung keperluan kita," katanya pada sidang media pelancaran produk wangian rasmi skuad Helang Merah dikenali 'Legacy Hijau Kuning' di Stadium Darul Aman, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 11:23 PM