SUAREZ, Neymar dan Messi.
SUAREZ, Neymar dan Messi.

Semua orang mempunyai tiga penyerang kegemaran. Bagi seorang lelaki tua yang mengunyah kuaci di Madrid berkata dia tidak pernah melihat sesiapa yang sehebat Alfredo di Stefano, Ferenc Puskas dan Paco Gento.

Penyokong Manchester United era terdahulu pastinya mengakui tiada gandingan penyerang sehebat trio George Best, Bobby Charlton, Denis Law dan di Brazil anak bertelagah dengan bapa untuk memastikan sama ada Ronaldo, Rivaldo, dan Ronaldinho mengatasi Jairzinho, Tostao and Pele.

Di Barcelona, mereka pernah berdebat mengenai kehebatan Romario, Michael Laudrup dan Hristo Stoichkov selaku gandingan terhebat pasukan utama dan kempen 100 gol yang diterajui Lionel Messi, Samuel Eto’o dan Thierry Henry pada musim 2009-10.

Gandingan mereka ternyata menjadi. Ketika ini, Neymar difahamkan sudah membeli sebuah rumah baru di bandar pesisir pantai Costa del Garraf, Castelldefells.

Ia terletak di pantai selatan dari Barcelona dan tidak jauh daripada kediaman Messi dan Suarez.

Dia mungkin ingin berpindah kerana mahu ketiga-tiga pemain ‘No 1’ itu berada bersama-sama. Mereka jauh lebih hebat. Mereka adalah barisan penyerang terhebat dan jika membantu Barcelona menjadi pasukan pertama mempertahankan Liga Juara-Juara sudah pasti mereka akan dimahkotakan sebagai terbaik pada era moden.

Menerusi sebuah wawancara Suarez berkata mengenai perlawanan awal di mana dia berada di bahagian kanan manakala Messi bermain sebagai ‘false nine’, tidak memaksimakan potensi kedua-dua pemain.

Messi berhak mendapat pujian kerana menyerahkan bahagian tengah, membolehkan Suarez meng­gandakan asakan terhadap bek tengah lawan dan mencipta ruang buat Messi dan Neymar untuk masuk di bahagian kanan atau kiri.

Persefahaman telepati di antara ketiga-tiga pemain itu menyerlahkan kekuatan mereka.

Suarez bukanlah penerima sebenar bantuan penalti Messi Ahad lalu namun menyedari apa yang mahu dilakukan pemain Argentina itu dan dengan kepantasan lariannya ke kawasan itu bermakna bola itu berada di kakinya dan bukannya Neymar, segera meledakkan jaringanya melepasi penjaga gol lawan Sergio Alvarez di gawang Celta.

Neymar yang meyaksikan Suarez merampas satu gol daripadanya berkata selepas itu; “Leo dan saya sudah berlatih namun Luis lebih hampir dan menjaringkannya. Persahabatan kami amat penting. Tidak kiralah siapa yang menjaringkan gol asal kami menang perlawanan.

Suarez pula menambah: “Ia satu reaksi semulajadi. Ia bukan sesuatu yang dipaksa. Orang tidak melihatnya tetapi di dalam bilik persalinan kami ketawa dan bergurau. Ia bukan untuk tatapan kamera tetapi itulah yang kami lakukan di luar padang.”

Ketiga-tiganya bergerak seiringian hinggakan serangan Barcelona kelihatan seperti aksi penerbangan Red Arrows. Mereka mengingatkan penyokong bahawa apa yang lebih baik daripada menyaksikan aksi pemain hebat adalah melihat kumpulan pemain hebat bermain bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 8:14 AM