DUCATI Multistrada 1200. FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar motosikal jenama Ducati di Malaysia memperkenalkan Ducati Multistrada 1200 baru, hari ini.

Model pemasangan tempatan (CKD) Thailand itu menerima beberapa pembaharuan berbanding varian terdahulu.

Generasi berkenaan menggunakan enjin terkini Ducati Testastretta DVT yang mengawal secara bebas sistem aci sesondol pengambilan dan ekzos.

Ia ditawarkan dua varian membabitkan Multistrada 1200 ABS dan Multistrada 1200 S.

Kedua-dua varian itu didatangkan dengan ciri kawalan jelajah elektronik yang membolehkan penunggang mengawal kelajuan pada suis pemegang bahagian kiri.

Menariknya, Mutistrada S dipadankan dengan sistem Bluetooth yang boleh dihubungkan melalui telefon pintar.

Harga bagi Ducati Multistrada 1200 ABS dijual pada RM119,999, manakala RM135,999 bagi

Ducati Multistrada 1200 S atas jalan tidak termasuk insurans.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 10:54 PM