GUNA karburetor berprestasi untuk Honda EX-5.
GUNA karburetor berprestasi untuk Honda EX-5.
Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Saya menunggang Honda EX-5. Bagaimanapun, motosikal itu menggunakan karburetor Yamaha 125Z dan kini ia mengalami masalah limpahan minyak.

Buat makluman, motosikal berkenaan sudah dilakukan baik pulih kepala silinder serta blok enjinnya.

INGIN TAHU, Merbau, Perak

Penukaran karburetor memerlukan penalaan semula dengan penggunaan pemancutan bersesuaian.

‘Jet’ karburetor Yamaha 125Z yang standard adalah sesuai untuk penggunaan bagi motosikal 125cc. Malah, anda tidak menjelaskan sama ada blok enjin dan omboh dibesarkan kepada 125 cc.

Sebenarnya, reka bentuk karburetor tidak hanya pada sesaran sesebuah motosikal. Rahsia peningkatan prestasi enjin juga bergantung kepada banyak faktor lain seperti saiz dan bentuk venturi, kebuk pembakaran serta kitar semula campuran bahan api.

Bagi pengguna biasa, mungkin lebih baik anda guna karburetor berprestasi yang direka khas untuk Honda EX-5.

Namun, harganya tinggi berbanding biasa dan tidak boleh digunakan untuk kegunaan di jalan raya biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2016 @ 5:00 AM