Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Pemilihan Bunga Citra Lestari (BCL) sebagai juri Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) yang bersiaran sejak hujung Januari lalu adalah satu langkah tepat. Namanya bukan asing dalam kalangan peminat tempatan kerana artis seberang berusia 33 tahun ini terkenal dengan lagu popularnya, Ingkar dan Wanita Terbahagia.

Bunga yang turut mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia juga adalah isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, sekali gus menjadikan dirinya dekat di hati rakyat Malaysia.

Kehidupan pasangan yang bernikah pada 8 November 2008 ini semakin bahagia apabila dikurniakah zuriat yang diberi nama Noah Sinclair, 6.

Ketika ditemui baru-baru ini, Bunga mengakui sukar melepaskan peluang yang hadir depan mata. Kesempatan ini juga membolehkannya kerap bertemu dengan keluarga mentua yang begitu menyayanginya.

“Saya suka diberi peluang berada di Malaysia. Tahun lalu saya tampil dengan single Wanita Terbahagia dan ia diterima baik peminat di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 6:59 AM