PELAJAR Diploma Perakaunan di PTPL dilengkapi kemahiran teknikal dan teori.

Selain mengurus dan mengawasi penyediaan kira-kira kewangan sesebuah institusi, pegawai akaun turut dipertanggungjawabkan untuk melaksana audit kewangan selain merancang dan memberi perkhidmatan perakaunan yang berkaitan.

Selari dengan permintaan tinggi industri terhadap tenaga kerja profesional dalam bidang perakaunan, Kolej PTPL turut menawarkan Diploma Perakaunan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) yang berminat mempelajarinya dan mahu lebih maju dalam bidang ini.

Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan kepada prinsip perakaunan dan audit, teknologi terkini dalam bidang ekonomi, pengurusan, pemasaran, kewangan dan insurans. Program ini turut melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknikal serta teori untuk memahami konsep kewangan dan aktivitinya. Pelajar juga berpeluang mendalami subjek berkaitan seperti ekonomi, teknologi maklumat dan undang-undang perakaunan.

Peluang kerjaya yang cerah menanti pelajar termasuk di firma perakaunan khusus, perundingan, organisasi komersial dalam pelbagai sektor industri, syarikat korporat dan institusi perbankan.

Mereka yang berminat mengikuti program ini perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu lulus SPM/SPMV atau setaraf dengan tiga kredit dalam subjek Matematik, Sains atau memiliki sijil diiktiraf.

Di PTPL pelajar turut didedahkan dengan kurikulum komprehensif termasuk latihan teori dan praktikal mengikut modul pembelajaran terkini yang diiktiraf keberkesanannya, selain dibimbing pensyarah berkaliber dan berpengalaman luas.

Graduan Kolej PTPL mempunyai kelebihan untuk membuat pindahan kredit dan melanjutkan pengajian dalam Ijazah Bacelor di tahun kedua di Management & Science University (MSU) melalui Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP). Graduan turut digalak meneruskan pengajian dalam kelayakan yang diiktiraf seperti ACCA, CIMA atau CAT.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 9:51 AM