Oleh Mohd Rizal Abdullah


Miri: Indeks pencemaran udara(IPU) di kawasan Kuala Baram, Miri mencatatkan bacaan berbahaya manakala di bandar raya Miri mencatatkan bacaan sederhana.

Menurut laman Web Jabatan Alam Sekitar, kawasan Kuala Baram mencatatkan bacaan 336 manakala bandar raya Miri mencatatkan 63 setakat 10 pagi tadi.

Jerubu di kawasan berkenaan berpunca daripada kebakaran hutan belukar di kawasan Kuala Baram iaitu seluas 80 hektar sejak petang Jumaat lalu.

Sehingga kini, anggota bomba dari Balai Bomba Lopeng yang turut dibantu kakitangan syarikat milik tanah berkenaan berusaha memadamkan kebakaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 1:06 PM
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran hutan belukar. FOTO ihsan Bomba