Ha Kim Sang, 51, maut selepas motosikal dinaikinya terbabas ke dalam longkang di Jalan Semadong, Kangar. - Foto IHSAN PEMBACA
BERNAMA

Kangar: Seorang peniaga aiskrim maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam longkang di Semadong, di sini, pagi, semalam.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar Asisten Superintendan Shamsudin Ali berkata, dalam kejadian 8.30 pagi di Jalan Semadong - Dato' Kayaman itu, Ha Kim Sang, 51, dari Changlun, Kedah sedang dalam perjalanan untuk berniaga aiskrim.

"Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal Honda EX-5nya lalu terbabas ke dalam longkang sedalam dua meter.

"Mangsa maut di tempat kejadian kerana dihempap motosikal yang sarat dengan tong aiskrim," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 9:03 PM