X
MARIA Peiner  dan Eren Toben (gambar kecil).
MARIA Peiner dan Eren Toben (gambar kecil).
Agensi

Berlin: Seorang lelaki yang tidak mahu menjadi bapa bertindak kejam apabila membakar teman wanitanya yang sarat mengandung hidup-hidup.

Eren Toben, 20, mula merancang membunuh teman wanitanya, Maria Peiner, 19, selepas mengetahui wanita itu mengandung.

Toben bersama seorang rakan baiknya, Daniel Mueller, 20, didakwa membunuh Maria di satu kawasan hutan di Berlin, Jerman pada Januari tahun lalu.

Kedua-dua mereka didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini baru-baru ini dan dihukum penjara 14 tahun.

Hakim Regina Alex berkata, bagi Toben, menamatkan nyawa Maria penyelesaian kepada masalahnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 7:32 AM