DARI kiri, Low, Diana dan Aileen menunjukkan lampin wanita terbaru.

Perlindungan semasa haid amat penting bagi wanita. Ia bukan saja untuk menghalang kebocoran, tetapi menangani aliran tidak diduga yang boleh mengganggu emosi dan kehidupan seharian wanita.

Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia Aileen See berkata, aliran haid tidak diduga biasanya menyebabkan kerisauan berpanjangan kerana perlu memastikan tiada kebocoran, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa untuk menjalankan tugasan harian mereka.

"Setiap wanita pasti pernah mengalami aliran haid tidak diduga. Menerusi Kotex Soft & Smooth baru, ia memastikan semua wanita dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih yakin. Sebagai peneraju dalam rangkaian penjagaan wanita, kami amat memahami kehidupan ini pasti mengalami perkara yang tidak dijangka.

"Namun, kita tidak sepatutnya membiarkan masalah ini mengganggu aktiviti bersama teman, tugasan penting atau masa dengan seisi keluarga," katanya.

Rangkaian lampin wanita terbaru itu dilancarkan bersama kempen Tangani Aliran Tidak Diduga (Beat the Gush) bagi membantu meredakan sebarang kebimbangan di samping menyakinkan wanita bahawa ia bukan lagi masalah.

Kali ini, lampin wanita baru itu memberi fokus kepada tiga ciri utama iaitu Rapid Absorb Core, Lapisan Micro-Dri Cover dan Infinity Lock System.

Rapid Absorb Core membantu untuk menyerap aliran yang banyak secara langsung dengan memberi perlindungan maksimum dalam pelbagai situasi.

Lapisan Micro-Dri Cover dengan lebih daripada 3,000 lubang mikro membantu penyerapan lebih pantas dan berkesan. Infinity Lock System pula rekaan pengadang dan alur dalam untuk membantu memberikan perlindungan kebocoran di bahagian sekeliling seluar.

Turut memberi sokongan kempen berkenaan ialah selebriti Diana Danielle dan Presiden Women: Girls Low Ngai Yuen.

"Saya sentiasa sedar mengenai pentingnya memberi contoh yang positif kepada semua wanita kerana mereka sering berdepan dengan cabaran yang unik.

"Ada sesetengah masalah tidak diduga yang menyebabkan kekusutan untuk beberapa jam, hari atau mungkin berlanjutan hingga ke minggu.

"Namun, saya percaya kita mampu mengharungi semua halangan terutama dengan sokongan orang tersayang. Bagi saya, kempen ini mempunyai maksud lebih mendalam dan percaya sikap positif luar biasa akan membantu wanita berjaya mengharungi saat tidak diduga dalam kehidupan mereka," kata Diana.

Low pula sentiasa menyokong apabila terdapat sebarang kempen yang boleh membantu memperkasakan keyakinan golongan wanita.

"Kita mempunyai kekuatan dalaman dan rasa simpati yang menebal. Kita hanya memerlukan satu landasan untuk mengutarakan isi hati dan melakukan perubahan positif dalam kehidupan sendiri dan wanita lain," katanya.

Dapatkan inspirasi daripada wanita berkeyakinan ini di samping menonton video terbaru 'Beat the Gush'. Anda juga boleh mengikuti pengguna Instagram kegemaran yang akan memuat naik klip kempen ini dan berpeluang memenangi hadiah menarik dengan mencipta catatan #BeatTheGush sendiri.

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.facebook.com/KotexMalaysia atau di www.kotex.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:01 AM