ANTARA persembahan menarik di MIPAV 2014.
ANTARA persembahan menarik di MIPAV 2014.
ANTARA persembahan menarik di MIPAV 2014.
ANTARA persembahan menarik di MIPAV 2014.
NORLIZA (tengah) bersama wakil dari pelbagai negara.
NORLIZA (tengah) bersama wakil dari pelbagai negara.
Oleh Nor Akmar Samudin

Seni menyatukan semua kaum, bangsa dan agama tanpa mengira sempadan negara.

Lantas, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan program Malaysia International Performing Arts Village 2014 (MIPAV 2014) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang bermula pada 22 November lalu hingga hari ini.

Program bertaraf dunia ini bertemakan penjelajahan dunia seni dalam satu perkampungan di mana MaTiC menjadi seakan-akan satu perkampungan seni yang boleh dilawati dan pengunjung boleh menikmati persembahan serta pengalaman seni merangkumi teater kanak-kanak, tari dan muzik.

Selain Malaysia, festival ini membabitkan penyertaan dari Indonesia, Thailand, Singapura, Kemboja, Filipina, China, Korea Selatan, Mongolia, India dan Sri Lanka.

MIPAV 2014 dilaksanakan dalam bentuk persembahan merangkumi bidang teater, tari dan muzik yang dilaksanakan secara serentak di pelbagai lokasi di MaTiC.

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli berkata, MIPAV 2014 diadakan di Kuala Lumpur sebagai landasan untuk memperkenalkan kebudayaan dan kesenian tempatan kepada masyarakat dalam dan luar negara selain dijadikan pusat pementasan serta persembahan nama-nama besar dalam bidang seni dan budaya dunia.

"Ia juga sebagai penjenamaan Kuala Lumpur sebagai kota seni dan budaya dapat meningkatkan imej ibu negara sebagai kota yang maju dari segi pembangunan fizikal dan kemudahan serta semarak dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan.

"Kegiatan seni dan budaya yang pelbagai di Kuala Lumpur dapat meningkatkan industri pelancongan dan menambah hasil pendapatan. Penganjuran MIPAV 2014 ini adalah pembuka tirai kepada penganjuran MIPAV yang lebih besar pada 2015 dengan mengundang lebih ramai penyertai daripada luar negara," katanya.

Di samping itu, diadakan juga Sidang Keilmuan berbentuk bengkel bagi membolehkan penggiat seni tempatan mendapat 'silang ilmu dan kemahiran' daripada penggiat seni profesional dari negara terbabit turut diadakan di Studio Tari ASWARA (Tari), Muzik di Amphitheatre MaTiC manakala Teater di Studio Tari, MaTiC.

Bengkel percuma disediakan untuk karyawan seni yang terbabit. Ia membabitkan kurator yang terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing antaranya Dekan Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Dr Joseph Gonzales, Shanthini Venogopal (Jumping Jelly Beans, Malaysia) dan Paul Augustin (Penang Island Jazz Festival Director).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:02 AM