Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan tikaman di dadanya dipercayai bergaduh dengan dua individu dalam kejadian di Jalan Anggerik, berhampiran simpang Kempas Lama, Kempas di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, anggota peronda unit MPV ke lokasi kejadian pada 5.20 pagi selepas menerima maklumat berhubung satu kes pergaduhan di lokasi berkenaan.

Katanya, setibanya polis di lokasi kejadian, didapati dua lelaki melarikan diri dengan kereta yang diletakkan di stesen minyak berhampiran.

"Lelaki berusia 30 tahun berasal dari Batu 8 1/2, Skudai ditemui mati di tempat kejadian dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman di dadanya.

"Polis yang bertindak mengejar kereta suspek gagal mengesan mereka" katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 7:12 PM