AFP

London: Joe Hart menegaskan Manchester City boleh memenangi Liga Juara-Juara musim ini di sebalik masalah kecederaan dan prestasi buruk mereka akhir-akhir ini.

Pasukan kendalian Manuel Pellegrini berkunjung ke Kiev untuk berdepan Dynamo Kiev bagi aksi pertama, pusingan kedua di ibu negara Ukraine itu, awal pagi esok.

Namun, penjaga gol City Hart dan rakan sepasukannya menaiki kapal terbang dengan moral terburuk selepas tiga kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Dua kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana menjejaskan harapan City memburu kejuaraan, ketika mereka turut dibelasah Chelsea 5-1 pada pusingan kelima Piala FA Sabtu lalu berikutan keputusan Pellegrini menurunkan pasukan kedua ketika pengurus dari Chile itu memberikan keutamaan kejayaan di Eropah.

Bagaimanapun, mengalahkan Kiev akan membantu City layak ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dan pemain kebangsaan England Hart berasakan pasukannya boleh muncul juara jika yakin dengan keupayaan sendiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 7:43 AM