MODEL Michelle Liew, 21, menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge. FOTO Surianie Mohd Hanif
MODEL Michelle Liew, 21, menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge. FOTO Surianie Mohd Hanif
Syarifah Dayana Syed Bakri


Kuala Lumpur: Samsung Malaysia akan melancarkan telefon pintar terbarunya, Samsung Galaxy S7 edge pada 18 Mac nanti diikuti dengan Galaxy S7.

Pengurus Produknya, Go Benn Lee berkata, telefon pintar berkenaan menampilkan rekaan yang nipis dan bergaya dengan beberapa ciri tambahan berbanding siri Galaxy S sebelum ini.

Ia termasuk teknologi kamera yang dipertingkat.

“Galaxy S7 edge didatangkan dengan keupayaan kamera Dual Pixel yang juga teknologi pertama seumpanya digunakan dalam telefon pintar.

“Ia juga dilengkapi slot SIM hybrid untuk memori kad luaran dengan kapasiti 200GB yang dianggarkan boleh memuatkan sehingga 50,000 gambar," katanya.

Samsung memperkenalkan Galaxy S7 edge di acara Galaxy Unpacked 2016 di Barcelona, Sepanyol, Isnin lalu, bersama satu lagi telefon pintar, Galaxy S7.

Namun, Lee berkata, Galaxy S7 hanya akan dilancarkan di Malaysia dalam beberapa bulan selepas S7 edge.

Harga bagi model terbaru ini hanya akan diumumkan pada majlis pelancarannya bulan depan.

Berita berkaitan

• Inovasi digabungkan: http://bit.ly/1oH1tfF

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 4:51 PM