Tong gas yang dirampas. FOTO Ihsan KPDNKK Pulau Pinang
Shamsul Munir Safini


Butterworth: KPDNKK Pulau Pinang rampas 127 unit tong gas petroleum cecair (LPG) (50 kg) dan dua unit tong LPG (12kg) dalam serbuan di Seberang Perai Tengah di sini, 4.20 petang tadi.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Pulau Pinang, Suhaimi Mat Sari berkata, dalam serbuan yang dilakukan lapan anggota KPDNKK itu pihaknya menemui semua tong LPG itu yang dimuatkan di atas sebuah lori.

Katanya, lori sarat muatan tong LPG itu ditinggalkan tanpa pemandu di sebuah kawasan lot tidak bernombor di Tasek, di sini.

“Hasil rampasan itu kita percaya dapat mematahkan satu sindiket penyelewengan LPG di negeri ini.

“Kita juga merampas lori yang digunakan sindiket bagi menyimpan tong LPG berkenaan dan nilai rampasan dianggarkan RM47,000,” katanya.

Suhaimi berkata, tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 7:37 PM