NOR Izuan menunjukkan gambar bayi perempuannya (gambar kiri) selepas kehilangan Muhammad Irfan (gambar kanan).
NOR Izuan menunjukkan gambar bayi perempuannya (gambar kiri) selepas kehilangan Muhammad Irfan (gambar kanan).
Oleh Shamsul Munir Safini

Tasek Gelugor: “Alhamdulillah, sedikit-sebanyak terubat rindu kami kepada arwah Muhammad Irfan, lebih-lebih lagi rupa paras mereka seiras,” kata Nor Izuan Md Noor, 36, bapa kepada arwah Muhammad Irfan Nor Izuan, bayi menghidap penyakit hati kronik yang meninggal dunia ketika berusia 11 bulan, Oktober tahun lalu.

Nor Izuan berkata, isterinya, Habibah Daud, 25, mengandung lima bulan ketika arwah Muhammad Irfan meninggal dunia 14 Oktober tahun lalu.

Kelmarin, mereka menerima kehadiran cahaya mata perempuan yang dilahirkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini, jam 7 malam kelmarin.

“Kami bersyukur, dengan kelahiran cahaya mata kedua ini, sekurang-kurangnya terubat sedikit kesedihan dan kerinduan kami terhadap arwah Muhammad Irfan.

“Anak kedua ini mengingatkan saya kepada Muhammad Irfan kerana rupa mereka seiras dan hanya jantina membezakan mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Murni, Sungai Dua, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 7:47 AM