Muhyiddin digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. FOTO Iqmal Haqim Roslan (Gambar fail)
Rudy Fazrunisyam Samarudin


Muar: Satu mesyuarat khas akan diadakan UMNO Bahagian Pagoh esok bagi membincangkan keputusan Majlis Tertinggi parti itu mengantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO berkuat-kuasa serta-merta.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed, berkata keputusan pengantungan ini telah dijangka dan ahli di Pagoh kecewa dengan tindakan itu.

"Sehubungan itu satu mensyuarat khas jawatankuasa bahagian akan diadakan pagi esok bagi membincangkan isu ini," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaharu itu ketika dihubungi media sebentar tadi.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebentar tadi membuat keputusan mengantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga pemilihan akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 8:14 PM