FAYHAM, isteri Mohammed al-Qeq,  berucap di Hebron, Tebing Barat, semalam.
FAYHAM, isteri Mohammed al-Qeq, berucap di Hebron, Tebing Barat, semalam.

Hebron (Tebing Barat): Wartawan Palestin yang dituduh Israel menjadi aktivis Hamas dan ditahan tanpa didakwa semalam bersetuju menamatkan mogok laparnya.

Mohammad al-Qiq yang ditahan oleh rejim Israel November lalu, kini dirawat di sebuah hospital di utara Israel selepas menamatkan mogok laparnya selama 94 hari.

Keluarga dan peguam Mohammad berkata, dia kan berada di hospital itu sehingga pulih dan Israel akan membebaskannya pada 21 Mei.

Bagaimanapun, tentera Israel berkata, status Mohammad, 33, akan dikaji selepas tarikh itu bagi menentukan sama ada dia perlu ditahan selanjutnya.

Pegawai Palestin berkata, bapa dua anak itu yang bekerja untuk rangkaian televisyen Al-Majd, milik Arab Saudi ditahan atas alasan politik.

Keluarga Mohammad dan pegawai Palestin menganggap persetujuan untuk membebaskannya sebagai satu kemenangan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 7:19 AM