X
IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Noor Hidayah Tanzizi

Manjung: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung memerlukan kira-kira 10 minit bagi menyelamatkan kucing terperangkap.

Kucing betina itu dikeluarkan daripada dalam lubang udara atas rumah di Taman Fasa 2F, di sini, 11.10 malam tadi.

Sepasukan anggota yang memanjat bumbung rumah setinggi kira-kira tiga meter.

Ketua Operasi BBP Seri Manjung Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Nasir Shapiai, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.48 malam.

“Kucing itu yang berada di dalam lubang sedalam hampir satu meter. Anggota yang memegang haiwan itu turut dicakar mungkin terkejut dengan kehadiran anggota bomba.

"Namun ketika anggota lain cuba menyambut haiwan itu terus melarikan diri. Kucing itu tidak cedera. Cuma kelihatan agak lemah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 12:12 PM