Amirul Haswendy Ashari

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah selamat diijabkabulkan dengan Muhammad Zulfahdli Khiruddin di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan di depan lebih 100 tetamu oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Daerah Petaling, Ustaz Muhamad Sujak Dusuki, kira-kira 9 pagi.

Bagaimanapun, jurunikah sebelum yang terpaksa menunggu sejam berseloroh hendak meninggalkan majlis jika pasangan tidak tiba untukj majlis akad nikah.

Majlis itu sepatutnya berlangsung pada kira-kira 8 pagi.

Yatt atau nama sebenar Haryati Hamzah, 36 menerima mas kahwin RM300, cincin. Wang hantaran pula dirahsiakan.

“Syukur Alhamdulillah. Pada masa sama, saya terharu dan sebak saat abah saya sudah tiada sejak April lalu.

"Saya rasa seperti dia (Zulfahdli) mengisi kekosongan dalam hidup saya," kata Yatt.

Yatt turut menafikan anaknya, Suci Hanania Abdul Mutalib, enam tahun, akan diserahkan kepada bekas suami selepas dia berkahwin.

Bekas pengacara Nasi Lemak Kopi O (NLKO) itu pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 namun berpisah dengan talak satu pada 25 Ogos tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 12:46 PM
FOTO Amirul Haswendy Ashari
FOTO Amirul Haswendy Ashari