PEMAIN MCKK Wan Muhammad Farhan Wan Mohd Fadzli (kiri) cuba melepasi pemain Australian International School.
PEMAIN MCKK Wan Muhammad Farhan Wan Mohd Fadzli (kiri) cuba melepasi pemain Australian International School.
Oleh Azizan Hashim

Kuala Kangsar: Juara tahun lalu, Sekolah Sukan Hong Kong (HKSS) seperti dijangka mara ke suku akhir Kejohanan Ragbi Premier 7’s Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 2016.

Turut layak tujuh pasukan lain membabitkan juara edisi 2014, Scots College New Zealand (SCNZ), MCKK, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (INTEGOM), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), English College (EC) dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS).

HKSS mara selepas muncul juara Kumpulan A dengan merakam tiga kemenangan semalam.

Pasukan pilihan utama itu membaham SAS 26-0 diikuti kejayaan 21-5 ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII (KE) dan 48-0 ke atas Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR).

SCNZ pula menang besar 38-0 ke atas Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) dan 43-0 ke atas Kolej Sabah Kota Kinabalu (SCKK) serta mengatasi Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) 48-0 untuk muncul juara Kumpulan B.

Di suku akhir nanti HKSS akan bertemu STAR, SCNZ menentang SAS, SSTMI melawan INTEGOM dan MCKK menghadapi EC.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 8:36 AM