AYDA Jebat. FOTO Foto Hafiz Sohaimi dan Adi Safri
AYDA Jebat. FOTO Foto Hafiz Sohaimi dan Adi Safri
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, 24, menepati ramalan ramai apabila memenangi kesemua pencalonan termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Wanita) pada Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB di sini, malam tadi.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut memenangi Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Drama MeleTOP dan Pelakon MeleTOP.

Kemenangan Ayda itu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Pelawak dan penyampai radio, Johan turut menggondol lima trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki).

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 32, turut memenangi kategori Couple MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

Dengan kemenangan itu, Johan membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi mempertahankan kemenangan kategori Bintang Online MeleTOP bagi tahun kedua.

Pelakon drama Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah berjaya dinobatkan sebagai Artis Baharu MeleTOP.

Kumpulan Akim & The Majistret masih unggul apabila memenangi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP bagi tahun kedua.

Pengacara, Datuk AC Mizal juga turut mempertahankan trofi kategori Hos MeleTOP selain memenangi kategori Fesyen MeleTOP.

Pelawak, pengacara dan pelakon, Zizan Razak mencipta kejutan apabila diumumkan pemenang kategori Bintang Filem MeleTOP manakala filem lakonannya, Polis Evo diumumkan sebagai Filem MeleTOP.

Buat pertama kalinya juga, AME 2016 memperkenalkan kategori Anugerah Khas MeleTOP.

Anugerah ini dimenangi pengulas sukan veteran, Zulkarnain Hassan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Bagi setiap kategori pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan kategori utama sebanyak RM10,000 beserta trofi.

AME 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan Jihan Muse.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Siti Nurhaliza, Ella, Joe Flizzow, De Fam, Siti Nordiana, Syamel, Ayda Jebat, Waris, Amira Othman, Akim & The Majistret, SonaOne, Stacy, Jaclyn Victor, Forteen, KRU dan ramai lagi.

AME 2016 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.

Senarai penuh pemenang AME 2015:

1. Top Top MeleTOP Lelaki - Johan

2. Top Top MeleTOP Wanita - Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP - Datuk AC Mizal

4. Artis Baharu MeleTOP - Mira Filzah

5. Bintang Online MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP - Johan & Ozlynn

7. Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era

8. Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majestrit

9. Penyanyi MeleTOP - Ayda Jebat

10. Lagu MeleTOP - Ayda Jebat (Siapa Diriku)

11. Program TV MeleTOP - Gegar Vaganza 2015

12. Drama TV MeleTOP - M.A.I.D

13. Host MeleTOP - Datuk AC Mizal

14. Artis Lawak MeleTOP - Johan

15. Pelakon MeleTOP - Ayda Jebat

16. Bintang Filem MeleTOP - Zizan Razak

17. Filem MeleTOP - Polis Evo

18. Penyampai Radio MeleTOP - Johan

19. Anugerah Khas MeleTOP - Zulkarnain Hass

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 12:54 AM