Seorang daripada dua mangsa yang ditemui. FOTO ihsan bomba
Norasikin Daineh


Tawau: Dua remaja lelaki ditemui lemas selepas mandi di kolam terbiar di Kampung Hidayat, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Haikal Daniel, 13 dan rakannya, Binhar Tattah, 19, dipercayai mandi di kolam itu pada 7.30 pagi sebelum mayat mereka ditemui penduduk kampung dan anggota bomba ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata, bomba menerima panggilan pada 7.58 pagi dan sebuah jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba tiba di lokasi pada 8.22 pagi dan sebaik tiba seorang mangsa, iaitu Binhar Tattah ditemui penduduk kampung manakala rakannya Haikal Daniel ditemui anggota bomba pada 8.40 pagi ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.€Ž

"Operasi ditamatkan pada 9.15 pagi dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 1:50 PM