MAHATHIR pada sidang media khas di Putrajaya. FOTO Hayati Ibrahim
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta merta bersama isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, di sini, hari ini.

Beliau yang pernah membuat pengumuman sama pada 2008 berkata, keputusan itu dibuat kerana berpandangan UMNO sebagai parti sudah tidak wujud, sebaliknya untuk kepentingan seorang individu sahaja.

"Saya tidak boleh menjadi ahli bagi parti macam ini. Dari dulu UMNO bersusah payah untuk membangunkan negara, bukan untuk kepentingan seorang individu sahaja.

"Dalam hati saya masih UMNO. Saya sayangkan parti ini dan saya tidak akan menyertai mana-mana parti atau menubuhkan parti baru," katanya.

Dr Mahathir berkata, keputusan itu diambil tanpa perbincangan dengan mana-mana pihak dan ia adalah keputusan beliau sendiri.

Menurutnya, surat rasmi mengenai tindakan keluar parti itu akan diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 5:23 PM