Anggota polis mengawal kerja meroboh bangunan di Kalijodo, Jakarta, yang terkenal dengan pusat hiburan, bar dan pelacuran. - Foto REUTERS
Anggota polis mengawal kerja meroboh bangunan di Kalijodo, Jakarta, yang terkenal dengan pusat hiburan, bar dan pelacuran. - Foto REUTERS
AFP

Jakarta: ‘Kawasan merah’ di utara bandar raya ini yang digelar penduduk tempatan sebagai Kalijodo, terkenal dengan pusat hiburan, bar dan pelacuran dirobohkan pihak berkuasa dengan kawalan ketat ratusan anggota tentera hari ini.

Jentolak meranapkan bar haram dan pusat pelacuran yang dibina di sepanjang sungai. Polis dilihat menggeledah sebuah hotel tingkat bagi memastikan tiada sesiapa di dalamnya sebelum bangunan itu dimusnahkan.

Datuk Bandar Jakarta Utara, Rustam Effendi, yang turut menyaksikan kerja meroboh itu berkata, taman awam akan dibina di kawasan itu.

“Kawasan ini terkenal dengan pelacuran terbuka serta banyak maksiat lain, termasuk minuman keras,” katanya.

Pihak berkuasa bimbang kerja meroboh itu akan mendapat bantahan penduduk, mungkin rusuhan namun ribuan penduduk bersetuju meninggalkan kawasan itu beberapa hari lalu.

Indonesia melaksanakan program menghapuskan pelacuran dan akan menutup lebih 100 kawasan pelacuran di seluruh negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 9:22 PM