Oleh Sudirman Mohd Tahir


Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur, malam kelmarin menjadi malam gemilang buat dua selebriti popular, Ayda Jebat dan Johan apabila masing-masing membolot semua pencalonan termasuk kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki.

Lebih membanggakan apabila Ayda dan Johan mempertahankan gelaran sama bagi tahun kedua berturut-turut.

Ayda, 24, yang juga penyanyi dan pelakon menepati ramalan ramai apabila memenangi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Drama MeleTOP dan Pelakon MeleTOP.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 32, turut memenangi kategori Couple MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

Kemenangan Ayda dan Johan itu sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 7:31 AM
Digital NSTP Subscribe