PELLEGRINI memeluk Caballero sambil mengucapkan tahniah atas aksi cemerlang penjaga gawang itu.
Agensi

London:Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini berkata, kemenangan pasukannya pada perlawanan akhir Piala Liga ke atas Liverpool mempertahankan keputusannya menurunkan pasukan lebih lemah sewaktu tewas kepada Chelsea pada Piala FA.

Pellegrini dikritik kerana memilih pasukan remaja yang hampir tidak dikenali pemainnya untuk kunjungan City ke Stamford Bridge pada pusingan kelima Piala FA yang menyaksikan Chelsea menang 5-1.

Namun, bintang City kembali untuk menang ke atas Dynamo Kiev pada perlawanan Liga Juara-Juara sebelum menewaskan Liverpool 3-1 menerusi penalti pada final Piala Liga di Wembley kelmarin selepas perlawanan seri 1-1 tamat masa tambahan.

“Saya fikir keputusan yang saya ambil minggu lalu amat penting untuk memenangi dua perlawanan ini, Liga Juara-Juara dan malam ini (Ahad) untuk menjulang kejuaraan,” kata Pellegrini yan pernah membawa City menjulang Piala Liga pada 2014.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 7:38 AM