Suasana di tempat kejadian selepas mayat seorang lelaki ditemui di dalam parit. FOTO ihsan pembaca
Mohd Shukor Amin


Sabak Bernam: Kehilangan seorang lelaki sejak dua hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam parit di Sungai Nibong dekat sini, pagi tadi.

Mayat Nordin Anton, 33, ditemui kira-kira 7 pagi oleh orang awam dalam keadaan tertiarap.

Sumber berkata, mayat ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap iaitu berbaju merah dan seluar kelabu.

Katanya, Nordin yang masih bujang itu dipercayai keluar dari rumahnya tidak jauh dari situ sejak dua hari lalu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) dekat sini untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 11:12 AM
Skip this ad x