Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Seramai 4,811 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Johor mendapat keputusan cemerlang A dalam semua subjek.

Jumlah kelulusan berkenaan rendah berbanding pencapaian tahun lalu iaitu seramai 5,533 yang mendapat semua A.

Seramai 56,583 calon mengambil UPSR di negeri ini pada tahun ini dengan 39,727 murid mencapai keputusan penguasaan minimum.

Pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun ini mengikut Gred Purata Negeri (GPN) menurun kepada 2.14 mata berbanding 2.18 mata pada tahun lalu.

Keputusan berkenaan dibacakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor Aminudin Adam di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 10:40 AM