Oleh Syah Rul Aswari Abdullah


Kuantan: Seramai 2,257 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014 di Pahang mendapat keputusan cemerlang semua A.

Jumlah itu adalah 9.22 peratus daripada 24,491 calon yang menduduki peperiksaan itu di 542 sekolah rendah di seluruh Pahang.

Pengarah Pendidikan Pahang Rosdi Ismail berkata, jumlah itu menurun 1.92 peratus berbanding 2,791 calon mendapat semua A pada UPSR tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, jumlah calon menguasai semua mata pelajaran (MSMP) iaitu memperolehi gred A, B, C naik 0.45 peratus kepada 70.50 peratus atau 17,265 calon.

"Prestasi berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 2.23 berbanding 2.18 pada tahun lalu, " katanya ketika mengumumkan perkara itu di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist di sini, hari ini.

Teks dibacakan oleh Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan negeri Mohd Razali Mustafar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 11:19 AM