Oleh Shamsul Munir Safini

Kangar : Peratus kelulusan pelajar yang mendapat pencapaian baik atau minimum gred C dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini meningkat 1.67 peratus iaitu daripada 62.29 peratus pada 2013 kepada 63.96 peratus pada tahun ini.

Bagaimanapun Pengarah Pendidikan negeri, Dun Kasa, berkata peratus calon yang mendapat pencapaian cemerlang iaitu semua A menurun 1.81 peratus.

"Daripada 4,029 calon yang menduduki UPSR di sini, 291 atau 7.22 peratus daripadanya mendapat semua A dalam subjek yang diambil.

"Tahun lalu, peratus cemerlang semua A yang dicatatkan adalah 9.03 peratus.

"Gred Purata Nasional (GPN) bagi negeri ini juga menurun dari 2.37 pada 2013 kepada 2.41 pada tahun ini," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 12:07 PM