Arissa Humairah dipangku jururawat HRPZ II, Rozita Juhari dan ibu Arissa, Norhafiza . FOTO Zaman Huri Isa
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan penerbangan ihsan membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan yang memerlukan pembedahan segera di Institut Jantung Negara (IJN), 11.20 pagi tadi.

Bayi itu, Arissa Humairah Syukriyaz menghidap sakit jantung berlubang dan masalah paru-paru dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Penerbangan menggunakan helikopter model Agusta Westland AW139 dan dikendalikan oleh Kapten Wan Najib Azrin Wan Nor Adib.

Ibu bayi itu, Norhafiza Mat Rashid, 34, berkata, anak bongsunya perlu pembedahan segera.

"Anak saya kini hanya bergantung kepada mesin pernafasan dan dalam keadaan kritikal," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 12:16 PM