ANGGOTA polis mengiringi empat warga tempatan ke Mahkamah Majistrest Georgetown. FOTO Ramdzan Masiam
ANGGOTA polis mengiringi empat warga tempatan ke Mahkamah Majistrest Georgetown. FOTO Ramdzan Masiam
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap tuduhan menyembunyikan dua beradik warga Singapura.

Tertuduh, Chee Kok Fang, 37, Loke Kah Waoi, 23, E Boonroy, 30, dan Koay Kean Teong, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L Umma Devi.

Umma Devi kemudian membenarkan semua tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan setiap seorang penjamin dan menetapkan 13 April ini sebagai tarikh sebutan semula.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh diwakili peguam R Puran.

Mengikut fakta kes, semua mereka didakwa melakukan halangan salah terhadap dua beradik Kenneth Ng, 28, dan adiknya Gabriel Ng, 27, pada 22 hingga 24 Februari jam lebih kurang 4 petang hingga 2.45 pagi di sekitar Georgetown.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 1:05 PM