Kuching: Seramai 1,862 atau 4.41 peratus daripada 42,176 calon mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sarawak yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sarina Sauni berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 0.08 peratus berbanding 1,916 calon, tahun lalu.

Beliau berkata, seramai 1,362 calon mendapat semua A dari Sekolah Kebangsaan, sementara 500 daripada SJKC.

"Sebanyak 116 sekolah mencatat pencapaian 100 peratus kelulusan tahun ini berbanding 84 tahun lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 2:02 PM