Oleh Nur Saliawati Salberi

Shah Alam: Seramai 6,593 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Selangor memperolehi keputusan 5A, tahun ini.

Pengarah Pendidikan Selangor Zainuren Mohd Nor berkata, daripada 85,392 calon seramai 6, 593 berjaya memperolehi keputusan semua A.

"Peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum menurun 0.02 peratus daripada 2.51 peratus pada 2013 kepada 2.49 peratus tahun ini.

"Pencapaian murid luar bandar untuk peperiksaan kali ini menunjukkan peningkatan yang semakin baik apabila jurang perbezaan semakin mengecil dengan beza 3,519 berbanding 2013," katanya.

Menurutnya, Gred Purata Negeri (GPN) untukkeseluruhan calon UPSR menurun sebanyak 0.04 mata iaitu daripada 2.18 untuk 2013 kepada 2.22 tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 2:09 PM