Skip this ad x
Sarah teruja diberi peluang menganyam tikar mengkuang. FOTO Nabihah Kamal
Yui setiap tahun dia tidak melepaskan peluang ke HKK. FOTO Nabihah Kamal
Anyaman yang dipamerkan di muzium kraftangan. FOTO Nabihah Kamal
Ukiran kasut kayu yang djual dengan harga berpatutan. FOTO Nabihah Kamal
Sebahagian periuk tembaga yang ada di HKK 2016. FOTO Nabihah Kamal
Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Mencuba sendiri menghasilkan tikar mengkuang bermula daripada mengambil daun mengkuang di tempat yang disediakan khas seperti kawasan semula jadi tanaman itu di muzium pameran kraftangan sehinggalah kepada menganyamnya.

Itu antara tarikan di Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2016 yang terbuka kepada orang ramai bermula 10 pagi hingga 10 malam di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, di sini, yang akan berakhir pada Sabtu ini.

Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba menghasilkan seramik dan periuk tembaga di HKK 2016 yang turut mengetengahkan 480 produk kraf seperti perabot, aksesori wanita dan batik.

Berkonsepkan natif ke kreatif, ia turut membuka ruang kepada usahawan menghasilkan produk kraf kontemporari yang mempunyai nilai komersil, sekali gus menjana ekonomi mereka.

Lebih 400 usahawan kraf dari seluruh negara menyertai HKK 2016 dan barangan dijual mereka boleh dimiliki dengan harga berpatutan.

Pengunjung dari Jepun, Yui,30, berkata, setiap tahun dia tidak melepaskan peluang ke HKK.

"Saya ke HKK bagi melihat keunikan hasil kraftangan.

" Pada tahun ini, saya tertarik dengan keunikan corak batik yang dihasilkan oleh pereka di Malaysia," katanya.

Pelancong dari Palestin, Sarah Al As Far, pula teruja apabila diberi peluang untuk merasai pengalaman menghasilkan tikar mengkuang.

"Saya merebut peluang untuk merasai dan mempelajari proses menganyam tikar mengkuang secara percuma yang tidak pernah saya lihat di negara saya," ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 9:01 PM