FAIL Khairul Ghazali
Azlan Muhammad Zain

PELUMBA trek negara, Fatehah Mustapa terkandas pada pusingan pertama acara keirin di Kejohanan Trek Dunia, London, awal pagi ini.

Situasi berkenaan mengesahkan pelumba dari Terengganu itu gagal meraih tiket ke Olimpik Rio dalam acara keirin.

Ini berikutan slot berkenaan hanya untuk dua pelumba terbaik Asia.

Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana mata yang diraih Fatehah sudah tidak mencukupi untuk ke Olimpik sebelum kejohanan bermula lagi.

Lee Wai Sze dari Hong Kong dan pelumba Korea Selatan, Lee Hyejin meraih dua tiket berkenaan dengan Fatehah kekal sebagai pelumba ketiga terbaik Asia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 8:12 AM