Tidak habis-habis kisah mengenai pasangan artis ini yang menjadi masalah tidak puas hati dalam kalangan peminat meskipun bukan mereka yang punya angkara.

Ceritanya sama saja, orang paling rapat dengan mereka suka memberi komen biadap, merekalah yang mendapat nama. Ini kerana komen yang wujud turut membabitkan pasangan ini.

Sejak awal mereka berkahwin, masalah ini sudah timbul dan menjadi kecoh, bila pasangan ini memberi penjelasan SS sangkakan semuanya sudah selesai.

Tetapi apabila berlaku sekali lagi baru-baru ini, SS rasa seperti ada yang tidak kena. Rasanya pasangan artis ini seperti berpura-pura tidak tahu apa-apa masalah yang terjadi.

Kadangkala SS lihat apa yang berlaku seperti disengajakan untuk meraih publisiti terhadap pasangan artis ini. Tidak SS nafikan pasangan artis ini tidaklah popular mana, namun masing-masing ada cara tersendiri untuk meraih perhatian peminat.

Kepada pasangan artis berkenaan, nasihat SS carilah jalan lain untuk mencari publisiti. Biarlah apa yang anda lakukan mendapat keberkatan daripada semua peminat.

Bukan kena sumpah seranah setiap hari nanti lama-lama tertutup terus pintu rezeki anda akibat memperbodohkan orang ramai.

SS: Tak perlu publisiti sebab diri bukan artis

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 5:03 AM