KEADAAN gerai makan yang rosak akibat letupan gas memasak.
Nur Saliawati Salberi


Alor Gajah: Satu letupan kuat dipercayai berpunca daripada tong gas memasak yang mengalami kebocoran berlaku di sebuah gerai makan di Kampung Padang Sebang, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 5.20 pagi itu, letupan terbabit mengakibatkan atap dan dinding kedai berkenaan mengalami kerosakkan selain pintu kaca hadapan juga pecah.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat negeri, Timbalan Penguasa Bomba, Kamarulazaman Mohd Din berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.58 pagi, tiga jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tampin dan BBP Alor Gajah bersama 10 anggota termasuk dua pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba dilokasi bomba mendapati terdapat kesan letupan dipercayai daripada gas memasak yang mengalami kebocoran tetapi tiada berlaku kebakaran.

"Ketika kejadian tiada penghuni di dalamnya dan akibat daripada letupan itu bahagian dapur gerai makanan dan peralatan mengalami kerosakkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2016 @ 4:38 PM