PELUMBA trek negara Azizulhasni Awang. FOTO Khairul Ghazali
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa dalam acara keirin di Kejohanan Trek Dunia yang berlangsung di London, sebentar tadi.

Pelumba Jerman, Joachim Eilers muncul juara manakala Edward Dawkins dari New Zealand meraih tempat kedua.

Walaupun sekadar meraih gangsa dalam acara keirin, ia sudah cukup untuk menjamin tiket Azizulhasni ke Olimpik Rio selaku pelumba terbaik Asia.

Secara tidak rasmi, Azizulhasni mengumpul 792 mata dengan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto muncul pelumba kedua Asia terbaik dengan 678 mata.

Kejohanan Trek Dunia adalah medan terakhir pelumba mengumpul mata ke Olimpik Rio.

Selepas berakhirnya kejohanan ini , Malaysia mempunyai dua atlet berbasikal trek di Olimpik Rio selepas Fatehah Mustapa turut layak dalam acara pecut individu.

Berbasikal trek muncul sukan keempat menyertai kontinjen Malaysia ke Olimpik Rio selepas terjun, memanah dan menembak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 12:55 AM