AKTIVIS PPIM, Yusof Azmi menunjukkan laman Facebook yang digunakan along untuk menjerat mangsa.
Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Tandatangan kertas kosong, urusan melalui telefon dan habuan lumayan antara promosi 'tak masuk akal' yang digunakan along untuk memperdaya peminjam dan yang terbaru, mereka juga tidak ketinggalan menggunakan media sosial untuk membuat tawaran kepada mangsa.

Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan orang ramai yang keliru dengan tawaran ceti haram berkenaan yang dibuat di dalam Facebook menyerupai pinjaman daripada kerajaan dan agensi berwajib.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, selepas meneliti aduan itu, semakan pihaknya mendapati sekurang-kurangnya terdapat empat puluh akaun Facebook atas pelbagai nama seperti 'pinjaman mudah', 'pinjaman peribadi mudah', 'pinjaman wang berlesen' yang menunggu mangsa 'masuk jerat' dengan pelbagai janji manis termasuk kepada mereka yang disenaraihitamkan institusi kewangan.

"Kita bimbang dengan situasi ini kerana biarpun tindakan sudah diambil pihak berkuasa, mereka semakin agresif mencari peminjam dengan bermacam tawaran yang bertujuan mengabui mata masyarakat..

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 5:09 AM