HANYA terima watak dirasakan boleh dibawa dengan yakin.
Oleh Syafil Syazwan Jefri


Meskipun sudah sedekad mencanai bakat sebagai pelakon, Puteri Najuwa menyifatkan dirinya masih ‘hijau’. Bakal muncul dengan drama bersiri Dawai Asmara yang mula bersiaran malam ini di slot Azalea, TV9, dia yang mesra disapa Wawa mengakui namanya kurang dikenali.

Mungkin belum ada rezeki untuknya menonjol ditambah pula sebelum ini jarang tampil dalam slot tayangan yang mempu­nyai ramai penonton.

“Bagi saya, kejayaan pelakon bergantung kepada rezeki dan tuah.

“Ada pelakon yang memang hebat dalam lakonan, namun kalau drama lakonannya ditayangkan bukan pada waktu kemuncak, tidak menjadi juga. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Jelas Wawa, dia tidak pernah berputus asa menempatkan dirinya dalam industri dan seboleh mungkin mahu orang ramai nampak bakatnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 7:25 AM