PELAJAR Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, Ahmad Nur Furqan Musa, 12, menggunakan silinder terpakai untuk melihat gerhana matahari separa. FOTO Roslin Mat Tahir
PELAJAR Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 menggunakan cermin mata khas untuk melihat gerhana matahari. FOTO Roslin Mat Tahir
Siraj Mohd Zaini


Shah Alam: Lima ratus murid dan guru daripada 17 sekolah rendah di Selangor berkumpul di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 13 Shah Alam bagi menjalankan Program Cerapan Gerhana Matahari Peringkat Negeri Selangor, hari ini.

Taklimat program diadakan jam 7.50 pagi sebelumcerapan gerhana matahari dimulakan bagi melihat fenomena yang jarang berlaku itu.

Guru Besar, Anis Iberahim berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan bagi memberi pendedahan kepada murid menenai proses pencerapan gerhana matahari.

"Semua murid dan guru berhimpun di padang sekolah bagi melihat dengan lebih jelas fenomena berkenaan.

"Solat sunat gerhana matahari juga akan diadakan sejurus selepas gerhana terbabit kelihatan," katanya ketika ditemui, di sini.

Majlis penutup program dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Harian Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Shamsi Shah Harun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 1:30 PM