Keadaan kawasan letupan saluran gas di Greenwood, Seattle. - Foto AP
AP

Seattle:Sembilan anggota bomba serta beberapa bangunan rosak teruk akibat letupan saluran gas selepas berlaku kebocoran gas di kawasan Greenwood hari ini.

Letupan itu berlaku kira-kira 40 minit selepas bomba tiba untuk memeriksa laporan kebocoran gas menyebabkan lapan anggota bomba dan seorang ketua mereka dikejarkan ke hospital kerana cedera,

Jurucakap Jabatan Bomba Seattle, Corey Orvold, berkata penduduk beberapa bangunan sekitar dipindahkan dan sehingga kini belum ada laporan orang awan hilang atau cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 11:03 PM